Kau mesti tau kan..Pada tanggal 28 Februari 2011 iatu bersamaan dengan hari Isnin..Jam 7 pagi..2 orang siswi UUM maut dan 1 parah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya..
Warga UUM dan rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Kedah digemparkan dengan berita yang tragis nie..
Dear Diary,
Walaupun aku tidak pernah mengenali mangsa dengan rapat, cuma mengetahui siapa mereka kerana pernah mengambil paper yang sama sem lepas..tetapi tetap terselit kesedihan dan keinsafan..Memang benar kan diary, bila ajal telah tiba..takkan pernah lambat atau cepat walau sesaat pun..malah, ajal x pernah mgira berapa umur kau, di mana kau berada ketika itu..kerana yang pasti..masa untuk kembali kepada DIA telah tiba..
Dear Diary,
Keinsafan menyelinap di sudut hatiku..betapa berterima kasihnya aku kepada DIA kerana masih membenarkan aku berada di bumi pinjaman ini sekarang..Betapa syukurnya aku kerana DIA masih membenarkan aku melihat segala keindahan yang ada di dunia nie..Betapa bersyukurnya aku kerana DIA masih memberi aku nafas..Bersyukurnya aku kerana masih mampu berada bersama insan2 yang aku kasihi dan sayangi..Bersyukurnya aku kerana masih mempunyai kesempatan memperbaiki dosa yang pernah aku lakukan..BERSYUKURNYA aku...
Dear Diary,
Setiap yang terjadi telah menjadi satu ketentuan dalam kehidupan azali..kerana ajal bukan kita yang menentukannya..Mati itu pasti untuk setiap kita yang bernafas di muka bumi nie..Cuma kita tidak pasti bila, di mana dan bagaimana.. Ini kerana bumi nie hanya pinjaman daripada DIA..Selagi kita masih bernafas, bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki kerana apa pun yang kita ada sekarang nie takkan pernah kekal selamanya..
Dear Diary,
Aku mempelajari bahawa, di saat kita masih berpijak di bumi ciptaan DIA..Belajarlah untuk menyayangi setiap insan yang berada di sekeliling kita..Walaupun insan tu bukan sahabat, ahli keluarga atau kekasih..Tetaplah sentiasa myintai, menghormati dan mgasihi sesama kita kerana kita tetap sama iaitu Manusia yang diciptakan DIA untuk menjaga bumi nie...Belajarlah untuk memaafkan dan meminta maaf selagi kita mampu kerana kita tidak pernah di janji kan hari esok untuk berbuat demikian. Belajar dan berusahalah untuk memperbaiki setiap kesilapan dan kesalahan...Supaya bila ajal menjemput, kita tidak meninggalkan mereka dengan sejuta kekesalan...
**************************************************************
My beloved GOD,
FATHER IN HEAVEN......
Ampuni setiap kesalahan, kesilapan dan dosa yang pernah mereka berdua ( mangsa ) lakukan sepanjang hayat mereka di dunia nie.. Berikan mereka tempat di syurga bersamaMU.. Terus mengasihi dan menyintai mereka seperti ENGKAU menyintai mereka di saat mereka masih di dunia..
Berikan ketabahan dan kekuatan untuk keluarga dan sahabat2 mereka..Terus berjalan bersama keluarga dan sahabat2 mereka dengan setiaMU dan cintaMU..
Sembuhi dia ( mangsa yang parah di hospital ) dengan kasih dan cintaMU.. Berikan juga kekuatan dan ketabahan untuk dia dan keluarganya untuk mhadapi semua yang telah berlaku..
Berikan insan2 yang aku sayangi dan mereka yang berada di sekelilingku dengan umur yang panjang dan jauhi segala yang tidak diingini...Malah ampuni juga kesalahan yang pernah mereka lakukan..
Berikan insan2 yang aku sayangi dan mereka yang berada di sekelilingku dengan umur yang panjang dan jauhi segala yang tidak diingini...Malah ampuni juga kesalahan yang pernah mereka lakukan..
Terima kasih GOD..semua doa hanya bersandar dan di alaskan di dalam nama ANAKMU JESUS...AMEN!
No comments:
Post a Comment